Make your own free website on Tripod.com
Logo
.
Suara Reformasi Rakyat
RM 4.50 Semenanjung
RM 6.00 Sabah/Sarawak

.

 

Kebebasan Media Dan Bersuara Perlu Di Pertahankan !

TERLEPAS daripada sebarang prasangka dan niat mencampuri urusan mahkamah, kita yakin dan percaya bahawa beberapa Akta yang bersangkutan dengan kebebasan media dan bersuara perlu dinilai dan dikaji semula. Ini ialah kerana semangat serta asas tujuan asal Akta-Akta tersebut diperkenalkan telah dicemari.

Kita tidak mempertikaikan perlaksanaan undang-undang oleh pihak berkuasa terhadap sesiapa yang menyalahi undang-undang. Tiada siapa mengatasi undang-undang waimah Perdana Menteri sekalipuri. Keluhuran undang-undang mesti dipertahankan. Tetapi dalam masa yang sama, perlaksanaannya perlulah adil, tidak memilih, tidak menyusahkan serta berprofesionalisme. Kita tidak mahu undang-undang dijadikan perisai atau alasan bagi kepentingan atau survival politik mana-mana pihak.

Akta-Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Hasutan, Rahsia Rasmi malah ISA perlu dipertimbang dan diberi semakan serta kajian semula. Akta-Akta ini bukan sahaja mengengkang kebebasan media bersuara untuk memberikan pandangan serta kritikan terhadap kerajaan tetapi ianya dijadikan semacam acuan supaya apa yang dihasilkan adalah dalam kerangka acuan tersebut. Pemerintah yang enggan atau tidak mahu menerima kritikan adalah pemerintah yang pasif dan kepasifan ini menjadikan rakyat jumud dan bersikap seperti robot.

Adalah tidak logik bagi semua dokumen kerajaan diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi kerajaan termasuk dokumen-dokumen yang ada kaitan dengan rasuah oleh pegawai-pegawai mahupun pemimpin-pemimpin kerajaan. Akta tersebut tidak boleh dijadikan pelindung kepada pegawai-pegawai atau menteri-menteri melakukan rasuah. Begitu juga dengan Akta ISA yang muktahir ini dalam beberapa keadaan digunakan bagi melindungi kepentingan politik atau membalas dendam politik.

Justeru itu kita menyokong "memorandum" sekumpulan wartawan media perdana yang di sampaikan kepada pihak pemerintah di parlimen tidak lama dulu bagi menyemak semula Akta-Akta tersebut. Begitu juga dengan saranan Parti Gerakan yang mahukan Akta ISA juga di kaji semula bagi disesuaikan dengan keadaan semasa, dan wajar dipertimbangkan. Saranan-saranan ini datangnya dari mereka yang arif dan profesional dalam bidang masing-masing yang merasakan kepayahan memainkan peranan mereka dengan bebas kerana di kongkong dalam kerangka Akta-Akta yang menyempitkan kerjaya mereka.

Kita akui kawalan terhadap penerbitan dan percetakan adalah perlu tetapi biarlah kawalan itu dalam ruang lingkup yang luas dan rasional serta demokratik. Tempoh sahlaku lesen penerbitan dan percetakan perlu diperpanjangkan, tidak di beri hanya setahun dan diperbaharui pada setiap tahun selepas itu. Bidang penerbitan dan percetakan memerlukan modal yang banyak bagi menggerakkan perniagaan itu. Komitmen yang tinggi dan pelaburan yang besar akan 'hangus' begitu saja sekiranya Akta tersebut di salahgunakan oleh orang-orang politik. Kita harapkan ini tidak berlaku tetapi ianya sudah bermula.

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"




PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com