Logo
.
Suara Reformasi Rakyat
RM 4.50 Semenanjung
RM 6.00 Sabah/Sarawak

.

 

PRM Saman KDN Kerana Kenyataan Palsu

PETALING JAYA: Parti Rakyat Malaysia (PRM) difahamkan akan mengambil tindakan undang-undang kepada Kementerian Dalam Negeri ekoran kenyataan palsu yang dikeluarkan Ketua Penolong Setiausaha Unit Kawalan Penerbitan KDN, Tengku Mahmood Tengku Ismail, mengenai lidah rasmi parti itu.

Khabarnya parti itu sedang mengkaji lebih lanjut perkara berkenaan sebelum membuat kenyataan rasmi mengenainya.

Tengku Mahmood, dalam interviunya dengan majalah Tamadun Mei 2000 dipetik sebagai berkata: "Kita juga luluskan permit kepada parti-parti pembangkang dan NGO untuk menerbitkan makalah atau akhbar mereka. PAS ada Harakahnya, DAP ada Roketnya, PRM ada akhbarnya sendiri.

"NGO seperti Aliran, Suaram, Just, Persatuan Pengguna dan banyak lagi, kita beri permit penerbitan bagi mereka menerbitkan majalah atau akhbar untuk disebarkan maklumat kepada ahli-ahli mereka."

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"




PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com